KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) sedang membangunkan Sistem Pengawasan Sains, Teknologi, Inovasi dan Ekonomi (STIE) Trend Watch bagi meningkatkan jumlah peratusan penyelidik dalam sektor industri.
Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba berkata ia kerana negara ketika ini hanya mempunyai 15.83 peratus penyelidik dalam sektor industri, dan 79.2 peratus di institusi pengajian tinggi.
"Menerusi sistem pengawasan data secara real-time ini, bakat STEM (sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik) negara dapat dipantau dan dipertingkatkan bagi memenuhi inisiatif-inisiatif berkaitan.
"Ini dijangka memenuhi sasaran peningkatan 10 hingga 15 peratus jumlah penyelidik dalam sektor industri menjelang 2030," katanya ketika berucap pada Majlis Penganugerahan Felo ASM dan Pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia 2022, pada Selasa.
Beliau berkata sistem itu bertujuan menyusun strategi dan inisiatif yang bersesuaian berasaskan data untuk mengarus perdanakan STIE ke arah pembangunan sosio ekonomi negara.
Adham berkata ia sekali gus dapat memperkasa institut penyelidikan awam dan organisasi penyelidikan berkaitan kerajaan (GLRO) untuk menjadi perantara inovasi yang efektif bagi menghubungkan penyelidik di institut pengajian tinggi dan industri.
Sementara itu beliau berkata MOSTI turut menggesa ASM agar mempergiatkan usaha untuk menarik pakar dalam sektor industri untuk diiktiraf sebagai Felo atau Top Research Scientists Malaysia.
Katanya pencalonan individu daripada sektor industri akan membolehkan MOSTI dan ASM menggerakkan penglibatan mereka dalam pembangunan negara dengan lebih aktif dan berkesan.
Pada majlis hari ini, Dr Adham menyampaikan Penganugerahan Felo ASM kepada dua Felo Kanan dan 39 Felo serta pengiktirafan kepada 29 Top Research Scientists Malaysia.
Sehingga kini, ASM yang merupakan agensi di bawah MOSTI, mempunyai 28 Felo Kanan, 425 Felo dan 148 Top Research Scientists Malaysia.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 20 2022
Menteri Sains Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Adham Baba menyampaikan ucapan ketika Majlis Penganugerahan Felo Akademi Sains Malaysia dan Pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia. - Foto BERNAMA
AWANI Borneo [16/05/2024] - Ekonomi hijau | Naik 900 peratus | Kebajikan penjawat awam
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan.
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
Cabaran sediakan 10 tan rempah untuk hasilkan empat menu demi penuhi cita rasa 31,600 jemaah
Sebanyak 10 tan rempah-ratus pracampur dihantar ke Mekah menggunakan jalan laut bagi kegunaan pasukan penyedia makanan untuk jemaah haji Malaysia.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
KPM sambut baik Sarawak rangka ujian ganti UPSR
KPM sambut baik hasrat kerajaan negeri Sarawak yang bercadang merangka sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) untuk murid Tahun Enam di semua sekolah di negeri itu.
Kastam Sarawak rampas rokok, minuman keras RM2.41 juta di Bintulu
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Sarawak merampas minuman keras yang disyaki tidak berkastam dianggarkan bernilai RM2,414,784.30 termasuk duti dan cukai di Bintulu pada Jumaat lalu.
Jangan percaya orang tak dikenali - Flovia Ng
Kementerian Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah memberi peringatan kepada remaja khususnya kanak-kanak bawah umur agar tidak percaya kepada mana-mana pihak yang tidak dikenali. Ia susulan tiga remaja di Ranau, bertindak tidak balik ke rumah kerana mahu ke Sandakan untuk mencari kerja bagi membeli telefon pintar.
Sektor Pontianak-Kuching perlu dihidupkan kembali
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah
Enam lagi lebuh raya setuju laksana pembayaran tol terbuka
Enam lagi lebuh raya bersetuju melaksanakan Sistem Kutipan Tol Secara Pembayaran Terbuka (SPT) bermula September ini, kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Penumpang keluar masuk di LTAK melebihi kapasiti
Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah menyambut baik hasrat Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg agar sebuah lapangan terbang antarabangsa baharu didirikan di wilayah itu
Sistem pengawasan STIE Trend Watch bantu tingkat jumlah penyelidik industri - Dr Adham
MOSTI dan ASM sedang membangunkan STIE Trend Watch bagi meningkatkan jumlah peratusan penyelidik dalam sektor industri.